Kembalinya ke Rahmatullah seorang tokoh agama dan juga aktivis masyarakat yang disegani. Allahyarham Hj Mohd Zain bin Hj Abd Rahman, anak jati Kg Pangkal Kerdas, merupakan keturunan dari Tok Awang Jali dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan YB Adun Pulai Chondong, Hj Zulkifli bin Mamat. Semasa hayat, beliau merupakan Pendakwah yang disegani dan sering dijemput untuk menyampaikan ceramah di masjid-masjid sekitar Jajahan Machang. Beliau merupakan lulusan Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan. Sebelum bersara, beliau pernah bertugas sebagai pendidik di SMK Machang dan juga SMA Wataniah.
Found this about Labok, you may know him, an up and coming Labokmanhttp://tunteddy.blogspot.com/2007/10/labok-2007-raya-photo-series.html read more
on All About Kampung Labok